SPH Media sedang memperluas akses kepada kewartawanan daripada bilik beritanya dengan menyediakan kandungan daripada beberapa akhbarnya dalam bahasa-bahasa lain, menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Inisiatif itu mencerminkan hasrat syarikat media nasional tersebut untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang bahasa di Singapura dengan membolehkan pembaca memahami dengan lebih mendalam cara masyarakat lain melihat dunia, isu-isu yang penting bagi mereka selain...





