Topik diikuti
Pergi ke BHkuS’pura, Vietnam mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala
S’pura, Vietnam mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala
Singapura dan Vietnam mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan erat apabila Ketua Staf Jeneral Tentera Rakyat Vietnam yang juga Naib Menteri Pertahanan Nasional Vietnam, Jeneral Nguyen Tan Cuong, mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, pada 5 November.
Kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau yang menjadi kepentingan bersama, termasuk kerjasama di bawah Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) serta ADMM-Plus.
Sebelum pertemuan itu, Jeneral Nguyen terlebih dahulu memeriksa Kawalan Kehormatan di Kementerian Pertahanan (Mindef).
Jeneral Nguyen berada di Singapura bagi lawatan pengenalan dari 4 hingga 5 November 2026.
Sepanjang lawatannya, beliau turut mengadakan perbincangan meja bulat dengan Panglima Angkatan Tentera Singapura, Laksamana Madya Aaron Beng.
Beliau juga melawat Kompleks Lapangan Tembak Pelbagai Misi (Multi-Mission Range Complex) serta Hab ST Engineering.
Lawatan tersebut mencerminkan hubungan pertahanan yang mesra dan erat antara Singapura dengan Vietnam, yang diperkukuh menerusi Perjanjian Kerjasama Pertahanan yang dimeterai pada 2009 dan diperbaharui pada 2022.
Hubungan dua hala itu diperkukuh lagi apabila kedua-dua negara meningkatkan taraf hubungan mereka kepada Perkongsian Strategik Menyeluruh pada 2025.
Kedua-dua institusi pertahanan juga terus mengekalkan interaksi secara berkala menerusi lawatan peringkat tinggi, dialog dua hala, pertukaran profesional serta latihan ketenteraan pelbagai hala.