Satu lagi kes cacar monyet import dilaporkan di Singapura pada Selasa (26 Julai), menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dikesan di sini kepada 10. Lelaki Taiwan berusia 28 tahun yang tinggal di Singapura itu baru pulang dari Canada. Beliau disahkan positif pada Selasa, dan kini dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), kata Kementerian Kesihatan (MOH) di laman webnya. Keadaan...





