Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, telah dilantik ke dalam badan kepimpinan tertinggi Parti Tindakan Rakyat (PAP), bersama tiga anggota lain, menurut kenyataan parti itu pada 5 November.
Encik Siow, merupakan Anggota Parlimen (AP) penggal pertama yang menyertai politik susulan Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) dan baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai menteri pada Julai 2026.





