Meskipun pemerintah akan terus menyokong semua rakyat Singapura untuk melalui cabaran genting dalam kehidupan, rakyat di sini – terutama mereka yang telah mencapai kejayaan dalam kehidupan – boleh memainkan peranan untuk sama-sama menyumbang kepada masyarakat.
Dengan berbuat demikian, ia dapat mewujudkan satu kitaran positif yang memperkukuh masyarakat, sekali gus melakar kejayaan berterusan untuk negara ini, kata Menteri Pendidikan yang juga...





