HAMPIR 80 peratus tiket Piala AFF Suzuki yang diperuntuk bagi warga Singapura telah terjual, dengan tiket bagi dua perlawanan Singapura - dengan Myanmar dan Thailand - habis dijual, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).
Warga Singapura diberikan keutamaan untuk membeli tiket sejak Ahad lalu, tiga hari sebelum tiket mula dijual kepada penonton lain.





