ADALAH penting bagi isu sensitif berkaitan kematian dibincangkan secara lebih terbuka dan jujur, sedang pemerintah mempertingkat khidmat jagaan paliatif untuk memenuhi keperluan penduduk semakin berusia.
Menyatakan demikian di permulaan Persidangan Jagaan Paliatif Singapura yang berlangsung selama dua hari dan secara maya semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata pemerintah akan meningkatkan usaha menyokong golongan penjaga, meningkatkan kapasiti penjagaan paliatif...





