PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak berusia satu tahun 11 bulan yang ditemui lemah di Taman Sri Muda, Shah Alam pada Rabu (22 Dis) didapati mengalami gastroenteritis - radang perut dan usus - akut dengan lima peratus dehidrasi. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata siasatan yang dijalankan mengesan kejadian gastroenteritis akut dalam keluarga kanak-kanak itu, berpunca daripada bahan makanan...






