KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di seluruh Malaysia terus mencatat penurunan dengan dilaporkan seramai 27,254 orang terjejas semalam, berbanding 33,815 orang di lima negeri pada hari sebelumnya.
Berdasarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 8,220 keluarga masih berada di 182 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.






