Tiga pelancong Singapura cedera di Taiwan apabila teksi yang mereka naiki dilanggar sebuah kereta dari arah bertentangan yang memasuki lorong mereka.
Kemalangan itu berlaku pada 7 November sekitar 2 petang di Hualien, di pantai timur Taiwan, kira-kira 160 kilometer di selatan Taipei, menurut portal berita Taiwan, ETtoday.





