SUMBANGAN daripada warga Singapura untuk membantu mangsa banjir di Malaysia tidak henti-henti mengalir dan terus disalurkan menerusi pelbagai wadah dan inisiatif setempat sejak minggu lalu.
Dengan lebih banyak kawasan dijangka terjejas dengan banjir di negara itu, terdapat keperluan untuk mengambil tindakan segera dan mengatasi cabaran logistik untuk memastikan barangan yang didermakan disampaikan dengan selamat ke pihak yang ditujukan, kata penganjur...






