Pengendali prasekolah kecil mungkin lebih mudah mendapat geran baharu untuk menyertai rangkaian prasekolah yang menawarkan yuran lebih rendah kepada keluarga.
Kriteria geran itu akan dilonggarkan berbanding syarat yang diperlukan bagi skim Pengendali Rakan Kongsi (POP) yang disokong pemerintah. Langkah ini membolehkan lebih ramai pengendali kecil memenuhi syarat kelayakan, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Goh Pei Ming.





