KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia gagal dalam percubaannya menyita barang-barang mewah yang dirampas daripada mantan perdana menteri Najib Razak dan anggota keluarganya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman itu pada Isnin (8 Nov) dan berkata kerajaan gagal membuktikan barangan tersebut dibeli menggunakan dana dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).






