Mereka yang memiliki model mesin pengering pakaian jenama Elba yang dikaitkan dengan risiko kebakaran dinasihatkan agar menghentikan penggunaannya serta-merta atau elak daripada membiarkan alat itu beroperasi tanpa pengawasan, kata badan perlindungan pengguna Singapura, Pejabat Keselamatan Produk Pengguna (CPSO).
Dalam satu nasihat keselamatan pada 10 November, CPSO memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai enam insiden kebakaran di Singapura melibatkan mesin...





