YAYASAN Warisan Melayu (MHF) semalam melantik tiga anak muda sebagai Teman Warisan dengan harapan dapat memberi dorongan kepada lebih ramai di kalangan mereka memperjuang warisan budaya Melayu.
Teman Warisan yang dilantik semalam semasa acara Hari Warisan, merupakan individu yang berusia 35 tahun ke bawah, aktif dalam bidang budaya dan warisan, serta mempamerkan potensi kepimpinan.






