Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) giat membuat persiapan bagi membolehkan 100 jemaah bersembahyang Jumaat pada satu-satu masa di sebanyak mungkin masjid, secara berperingkat-peringkat.
Pembukaan ruang maksimum itu adalah kerana proses membuat penyesuaian adalah berbeza-beza bagi setiap masjid, yang bergantung kepada sumber, tenaga kerja sukarelawan dan ruang yang dimiliki.






