Seorang lelaki menghisap rokok elektronik atau vape yang menghasilkan wap mengandungi nikotin. Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengisytiharkan penggunaan, pengeluaran dan penjualan vape sebagai haram kerana membahayakan kesihatan, menyebabkan ketagihan nikotin serta berisiko disalahgunakan untuk mengambil dadah. MUI turut menggesa pemerintah Indonesia menggubal undang-undang bagi mengharamkan vape dan mengenakan hukuman terhadap pihak yang melanggar larangan itu.
DuniaNov 11, 2026 | 2:24 PM

Majlis Ulama Indonesia haramkan penggunaan, penjualan vape

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) secara rasmi mengisytiharkan penggunaan, pengeluaran dan penjualan rokok elektronik atau vape sebagai haram di sisi Islam kerana membahayakan kesihatan, merosakkan alam sekitar dan berisiko disalahgunakan untuk mengambil dadah.

Keputusan itu terkandung dalam Fatwa MUI Nombor 131 Tahun 2026 mengenai Hukum Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape, yang diluluskan di Jakarta pada 6 November lalu.

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang juga mantan Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke (tengah) bergambar bersama penyokong Pakatan Harapan (PH) pada program ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Melaka, pada malam 10 November.
MalaysiaNov 11, 2026 | 3:00 PM

AP BN dicabar letak jawatan Kabinet jika tidak puas hati kepimpinan Anwar

MELAKA: Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Anthony Loke, mencabar Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) yang sering mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet, jika tidak lagi sehaluan dengan Perdana Menteri.

Dalam penampilan awam pertamanya selepas melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada petang 10 November menyusuli keputusan tahanan...

Penunjuk perasaan menggantung sepanduk di luar bangunan Parlimen Indonesia di Jakarta Pusat pada 10 November bagi mendesak pemecatan Naib Presiden, Encik Gibran Rakabuming Raka. Bantahan itu semakin memuncak selepas Mahkamah Agung membatalkan sijil penyetaraan pendidikan Gibran, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kelayakannya memegang jawatan.
DuniaNov 11, 2026 | 2:55 PM

Menteri Indonesia: Gibran tiada ruang rayuan selepas sijil pendidikan dibatalkan mahkamah

JAKARTA: Kedudukan Naib Presiden Indonesia, Encik Gibran Rakabuming Raka, semakin terancam selepas Mahkamah Agung mengeluarkan alasan penghakiman yang membatalkan sijil penyetaraan pendidikan sekolah menengah beliau, sekali gus menimbulkan persoalan serius mengenai kelayakannya memegang jawatan.

Keputusan bertulis yang dikeluarkan pada 10 November itu menjelaskan bahawa dokumen akademik yang dikemukakan Gibran tidak membuktikan beliau menamatkan pendidikan pada peringkat yang setaraf dengan sekolah...

Juara dunia Formula Satu daripada pasukan Ferrari, Lewis Hamilton (kiri), mendengar penjelasan daripada anggota Bulan Sabit Merah Mesir—bersama-sama Gabenor Sinai Utara, Khaled Megawer (dua dari kanan) semasa satu lawatan ke lintasan sempadan Rafah antara Mesir dan Semenanjung Gaza pada 10 November 2026.
DuniaNov 11, 2026 | 2:51 PM

Lewis Hamilton tinjau usaha bantuan kemanusiaan untuk Gaza di Mesir

Juara dunia Formula Satu tujuh kali, Lewis Hamilton, mengunjungi Mesir untuk meninjau usaha penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza, termasuk operasi Bulan Sabit Merah Mesir di kawasan sempadan Rafah

Pemandu Britain berusia 41 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish pada 10 November dan disambut Gabenor Sinai Utara, Mejar Jeneral Khaled Megawer.

Satu tinjauan baharu yang dikeluarkan pada 9 November, keluarga membelanjakan purata $600 sebulan bagi setiap anak untuk kelas tuisyen.
Gaya hidupNov 11, 2026 | 2:47 PM

Tinjauan: Mahu kurang tekanan, ibu bapa S’pura tetap sifatkan tuisyen keperluan

Tiga dalam empat ibu bapa yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan berpendapat bahawa tuisyen di luar waktu sekolah rendah diperlukan bagi memastikan anak-anak mereka mencapai keputusan yang baik.

Menurut satu tinjauan baharu yang dikeluarkan pada 9 November, keluarga membelanjakan purata $600 sebulan bagi setiap anak untuk kelas tambahan sedemikian.

pendatang asing tanpa izin johor
MalaysiaNov 11, 2026 | 2:47 PM

Johor tahan 7,597 pendatang tanpa izin dalam 10 bulan

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa di Johor menahan 7,597 pendatang asing tanpa izin (Pati) serta 370 majikan atau individu berkaitan antara 1 Januari dengan 31 Oktober 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata penguatkuasaan perlu diteruskan bagi menangani pelanggaran syarat pas, perbuatan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan serta ketiadaan dokumen sah.

Kuota haji 900 tempat disahkan bagi S’pura untuk 2027
Play Video

Bermula dengan secawan kopi, empat sahabat buka kafe sendiri
Play Video

Takkan bosan di Busan: 4 tempat dan pengalaman menarik
Play Video

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video