Jumlah kes Covid-19 baru di Singapura dilaporkan mencapai 1,723 pada Ahad (14 Nov), lebih rendah daripada 2,304 kes pada hari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan susut sedikit kepada 0.97 berbanding 0.98 pada Sabtu (13 Nov).






