Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) kini dalam perbincangan untuk menyertai Dewan Perniagaan dan Pembangunan Islam (ICCD), sebahagian usaha membuka peluang bagi firma Singapura, termasuk perniagaan Melayu/Islam, meneroka pasaran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
ICCD merupakan pertubuhan bukan pemerintah antarabangsa yang mewakili sektor swasta dan dewan atau persekutuan perdagangan nasional di 57 negara anggota di bawah OIC, yang kebanyakannya terdiri...




