MEMILIH haluan berbeza, Iman Fandi (gambar atas) - satu-satunya anak perempuan bintang bola sepak Fandi Ahmad - tetap mampu mengukir kejayaan sendiri.
Secara senyap-senyap tanpa pengetahuan apatah lagi menggunakan pengaruh orang tuanya, Iman, 20 tahun, mampu menghasilkan dua 'single' - Timefame dan Love Me A Little More - di bawah label syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music.






