MELAKA: Barisan Nasional (BN) dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekali gus bakal membentuk kerajaan apabila menang 19 kerusi setakat kini berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga 8.30 malam.
Keputusan tidak rasmi itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Pusat Gerakan parti itu di Ayer Keroh, malam ini (20 Nov).






