WASHINGTON: Satu kenderaan merempuh perarakan Hari Natal di negeri Wisconsin Amerika Syarikat menyebabkan beberapa orang terkorban menurut polis pada Ahad (21 November).
Terdapat 'beberapa kematian', kata Ketua Polis Waukesha, Encik Dan Thompson kepada pemberita semasa sidang akhbar, di mana pegawai berkata 11 orang dewasa dan 12 kanak-kanak telah dibawa ke hospital.





