DARI Februari tahun lalu hingga kini, Majlis Keselamatan Pekerjaan (JSC) gerakan pekerja membantu lebih 41,000 pekerja yang diberhentikan dengan memadankan mereka dengan pekerjaan baru atau membantu mereka beralih ke pekerjaan sekunder.
Ini dinyatakan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam satu kenyataan menyusuli Simposium Latihan dan Tempat Kerja yang dihadiri lebih 160 peserta secara hibrid di Downtown East semalam.





