JOHOR BAHRU: Johor memantau enam empangan yang paras airnya berada pada tahap kritikal dan mengenal pasti 13 daripada 47 loji rawatan air di negeri itu yang berisiko terjejas jika hujan berkurangan antara pertengahan Januari dengan pertengahan Mac 2027.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata lima daerah diberi perhatian kerana mempunyai kawasan...





