Program Gift-A-Family (GAF), yang membantu keluarga berpendapatan rendah mengembangkan bakat dan mencapai aspirasi melalui tajaan, akan diperluas ke seluruh Singapura.
Menteri Pendidikan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, berkata pada 11 November bahawa skim itu bertujuan membantu keluarga mencapai keupayaan berdikari dan meningkatkan taraf sosioekonomi.





