PRETORIA: Seorang doktor Afrika Selatan yang mengejutkan ramai mengenai varian Omicron menjelaskan pada Ahad (28 November) bahawa puluhan pesakitnya yang disyaki menghidap varian tersebut menunjukkan hanya tanda ringan dan pulih sepenuhnya tanpa dirawat di hospital.
Dr Angelique Coetzee, pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan, memberitahu agensi berita AFP bahawa beliau telah menemui 30 pesakit sepanjang 10 hari lalu yang diuji positif...





