DENGAN menyanyikan lagu syahdu band Indonesia, Padi, Kasih Tak Sampai, penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz, sekali lagi memukau perhatian pengadil Gegar Vaganza 8 (GV8) dengan meraih markah tertinggi dalam pertandingan realiti berkenaan.
Aliff, 30 tahun, malah mempertingkatkan persembahannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), berbanding minggu lalu dengan peningkatan markah daripada 74.6 peratus minggu lalu kepada 81 peratus pada Ahad...





