gibran rakabuming raka
DuniaNov 13, 2026 | 1:52 PM

Gibran nafi letak jawatan kerana isu diploma

JAKARTA: Encik Gibran Rakabuming Raka menafikan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Indonesia berpunca daripada kontroversi diploma, walaupun Presiden Prabowo Subianto mengakui masalah kelayakan akademik anak sulung bekas Presiden Joko Widodo itu menjadi faktor utama pengundurannya.

Encik Gibran, 39 tahun, menegaskan keputusan tersebut dibuat secara sukarela demi kepentingan negara dan memastikan pentadbiran kerajaan dapat diteruskan tanpa gangguan politik.

Bekas Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, menyapa penyokongnya ketika meninggalkan pejabat selepas meletakkan jawatan di Jakarta pada 12 November 2026. Pengunduran beliau susulan kontroversi kelayakan akademiknya menyebabkan jawatan Naib Presiden kosong, dengan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) menyasarkan pemilihan penggantinya selewat-lewatnya pada 4 Disember daripada dua calon yang akan dikemukakan Presiden Prabowo Subianto.
DuniaNov 13, 2026 | 2:10 PM

Indonesia sasar lantik pengganti Naib Presiden selewat-lewatnya 4 Disember

JAKARTA: Indonesia menyasarkan pelantikan Naib Presiden baharu selewat-lewatnya pada 4 Disember, susulan peletakan jawatan Ebcik Gibran Rakabuming Raka yang meninggalkan kekosongan jawatan kedua tertinggi negara itu.

Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) sedang mempercepat proses pemilihan pengganti Gibran, walaupun Perlembagaan Indonesia memberikan tempoh maksimum 60 hari untuk mengisi kekosongan tersebut.

tumor otak, BTSS, Nur Maisarah Johari
Mata-mataNov 13, 2026 | 1:52 PM

Dulu pendiam akibat tumor otak, anak bongsu tujuh beradik kini lebih mudah bergaul

Dahulu pendiam dan sukar meluahkan perasaan selepas disahkan menghidap tumor otak, Nur Maisarah Johari, sembilan tahun, kini gemar menari, bergurau dengan adik-beradiknya dan bergaul dengan rakan di sekolah.

Perubahan pada anak bongsu tujuh beradik itu disifatkan sebagai sesuatu yang amat bermakna oleh ibunya, Cik Zalina Eksan, 50 tahun, yang menyaksikan sendiri perjuangan Maisarah sejak ketumbuhan tersebut dikesan pada 2022.

Hasil operasi kumpulan Singtel meningkat 6 peratus kepada $7.29 bilion pada separuh pertama tahun kewangan, berbanding $6.91 bilion pada tahun sebelumnya.
SingapuraNov 13, 2026 | 1:42 PM

Keuntungan bersih Singtel susut 55% kepada $1.54 bilion; keuntungan asas naik 10%

Syarikat gergasi telekomunikasi Singtel pada 13 November melaporkan kemerosotan keuntungan bersih sebanyak 55 peratus kepada $1.54 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir September, berbanding $3.4 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Ini terutamanya disebabkan ketiadaan keuntungan luar biasa bersih sebanyak $2.21 bilion yang dicatatkan setahun lalu hasil penjualan sebahagian pegangannya dalam Airtel dan penggabungan Intouch-Gulf Energy.

Syarikat teknologi Microsoft berkata pihaknya telah “mengesahkan bahawa masalah itu mungkin menjejaskan sambungan kepada perkhidmatan Microsoft 365 bagi pengguna di mana-mana rantau”.
SingapuraNov 13, 2026 | 1:35 PM

Gangguan Microsoft jejas Outlook, Teams bagi ribuan pengguna termasuk di S’pura

Perkhidmatan Microsoft 365, Outlook, Teams dan aplikasi lain syarikat itu terganggu selama lebih lima jam pada 12 November, menjejas ribuan pengguna serta penyambung yang digunakan oleh perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) OpenAI dan Anthropic.

Sehingga 6 petang waktu Timur Amerika Syarikat (ET), iaitu 7 pagi pada 13 November waktu Singapura, Microsoft berkata pihaknya masih berusaha memulihkan pelayan terjejas, dengan pemulihan terhad...

Penyerang England, Harry Kane, mencatat penampilan ke-126 beliau sebaik perlawanan bermula, sekali gus memecahkan rekod sebelum ini yang dikongsi bersama bekas penjaga gol, Peter Shilton.
SukanNov 13, 2026 | 1:22 PM

Kane pecah rekod, bantu England mara ke suku akhir selepas kalahkan Croatia 2-1

LONDON: Harry Kane meraikan penampilan rekod ke-126 beliau bersama skuad England dengan jaringan sepakan penalti ketika membantu pasukan berkenaan menewaskan Croatia 2-1, pada 12 November.

Menyusuli kemenangan tersebut, skuad Three Lions itu berjaya menempah tempat ke suku akhir Liga Negara-Negara Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video

Harga elektrik dijangka tidak banyak terjejas akibat potongan gas dari Indonesia
Play Video