SEKITAR 38,000 pemohon telah mendaftar dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk menunaikan haji dalam tahun-tahun akan datang.
Dengan penundaan pelaksanaan ibadah itu ke atas jemaah antarabangsa bagi dua musim haji yang lalu, Singapura telah meminta kuota rasmi ditambah, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam jawapan bertulisnya kepada soalan oleh Anggota Parlimen Dilantik (NMP)...





