Sorakan dan tepukan gemuruh peminat bola sepak mewarnai suasana apabila Cabaran Mizuho Blue menghimpunkan empat pasukan kebangsaan – Brazil, Jepun, Paraguay dan Singapura – dalam siri perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan.
Penyokong yang hadir bukan sahaja berpeluang menyaksikan aksi pemain pasukan kegemaran mereka, malah dapat menikmati pertembungan antara pasukan dari empat negara dengan tradisi dan corak permainan tersendiri.





