PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) menggesa orang ramai untuk tidak membeli atau memakan tiga produk yang dijual dalam talian, dua daripadanya dipasarkan sebagai gula-gula perangsang seks tetapi mengandungi bahan ubat kuat.
Dua produk itu ialah 'Miracle Gold Candy' dan 'C4 Candy' yang mengandungi tadalafil - ubat mati pucuk; manakala produk ketiga ialah 'Coco Hotz Cocoa Drink' yang mengandungi 'dexamethasone' - steroid...





