Sebuah kapal yang berdaftar di Singapura telah “bertembung” dengan sebuah jambatan di New Jersey, Amerika Syarikat, pada pagi 13 November, menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA).
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan orang awam mahupun anak kapal di atas kapal pengangkut pukal Strategic Alliance itu, tambah pihak berkuasa tersebut dalam satu kenyataan pada hari yang sama.





