Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEKOLAH DIBUKA

5 langkah mudah bagi bapa dalam persiapan anak kembali ke sekolah

Sekolah kini dibuka semula esok dan terdapat ramai ibu bapa yang mempunyai pelbagai perasaan mengenai anak-anak mereka bermula sekolah Darjah Satu. BERITA HARIAN meninjau dua ibu yang mengongsi persiapan yang telah dilakukan terhadap anak-anak mereka supaya lebih bersedia ke sekolah esok.
Jan 02, 2023 | 05:30 AM



KHABAR bahawa cuti sekolah bakal berakhir pastinya mengundang pelbagai reaksi daripada anak-anak kita.



Hal yang sama bahkan turut dapat dirasakan oleh ibu bapa yang perlu membuat pelbagai persiapan bagi anak-anak menghadapi tahun yang baru.



Apakah yang boleh dilakukan bapa dalam memastikan anak kita bersedia untuk kembali ke alam pelajar?



Bagaimanakah kita dapat menyokong pasangan kita dalam tugasan ini? Perlukah kita menzahirkan nasihat yang sama secara berulang-ulang?



Dalam hal ini, terdapat pelbagai kajian dan bahan bacaan yang menjelaskan korelasi antara hubungan positif antara anak dan bapa, serta pembangunan sahsiah diri yang sihat dalam anak-anak kita.



'Bapa Sepanjang Hayat' mengesyorkan lima langkah mudah yang dapat diamalkan kaum bapa dalam mempersiapkan anak-anak mereka.



Langkah-langkah yang disarankan di atas bertujuan untuk memupuk hubungan yang positif antara bapa dan anak.



Sekalipun mudah, langkah-langkah tersebut tidak boleh dipandang enteng.



Akhirnya, kita harus percaya bahawa peranan bapa sama pentingnya seperti peranan yang dimainkan ibu serta merupakan tiang pembangunan kesihatan mental dan emosi anak-anak kita.




1. KONGSI PENGALAMAN POSITIF DI SEKOLAH 



Kaum bapa harus menanam dan membangunkan persepsi positif terhadap sekolah dalam kalangan anak-anak. Hal ini harus dilakukan sekalipun bapa tersebut tidak mempunyai pengalaman yang baik di alam persekolahannya dahulu. Sekiranya hal tersebut berlaku, kaum bapa digalakkan untuk sama-sama membaca artikel atau buku tentang kejayaan yang diperoleh di sekolah.



2. PASTIKAN PAKAIAN SERAGAM SERTA BUKU SEKOLAH SUDAH DISIAPKAN



Pastikan anak-anak datang ke sekolah dalam keadaan yang sempurna serta dilengkapkan dengan pakaian dan buku-buku yang sepatutnya. Hal ini penting bagi memastikan motivasi diri mereka dalam keadaan optimum pada hari pertama di sekolah. Pengalaman yang negatif pada hari pertama di sekolah lazimnya akan menjejas motivasi dan keyakinan diri pelajar pada kemudian hari. Oleh itu bapa harus berusaha untuk memastikan hal itu dapat dielakkan.



3. DIDIK ANAK AKAN KEMAHIRAN INSANIAH



Ajarkan kepada anak-anak kita akan kaedah membentuk dan mengikut rutin yang ditetapkan. Hal ini boleh dilakukan dengan meletakkan jangkaan waktu bagi anak-anak kita membuat sebarang tugasan sekolah. Sekiranya anak-anak kita sering berkongsikan bahawa guru tidak memberikan sebarang tugasan rumah, bapa boleh mengambil inisiatif untuk memberikan kertas latihan tambahan atau bahan bacaan bagi anak-anak.



4. KENALI GURU YANG MENDIDIK ANAK KITA



Luangkan masa bagi mengenali nama guru-guru yang mengajar anak kita. Hal ini sekali gus menegaskan kepada anak-anak bahawa kita prihatin akan perkembangan mereka di sekolah. Bapa juga juga boleh bertanya persepsi anak mereka tentang guru-guru mereka. Sekiranya anak-anak mempunyai persepsi yang negatif atau kurang baik, bapa harus berusaha untuk membaikkan keadaan dengan memberikan kata-kata semangat atau nasihat buat anak-anak.



5. AMBIL TAHU TENTANG HARI PERTAMA ANAK DI SEKOLAH



Hal ini, secara tidak langsung, menegaskan bahawa bapa ingin memainkan peranan yang besar dalam pembangunan anak-anak. Sekiranya anak-anak enggan berkongsi dan menjawab dengan jawapan-jawapan yang ringkas, dapatkan anak-anak untuk memberikan gambaran yang lebih jelas. Sekiranya hal itu kurang berkesan, bapa boleh memulakan perbualan dengan berkongsi pengalamannya sendiri pada hari tersebut. Selain itu, bapa juga boleh bertanyakan tentang rakan-rakan anak mereka, apakah peraturan-peraturan sekolah mahupun bilik darjah yang kurang disenangi, siapakah rakannya sewaktu makan pada waktu rehat, atau makanan yang dimakan pada waktu tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >