SAJAK : KABINET (buat ruang tamu)
RAHMAD SIDEK
Si tukang pilih kayu yang terbaik
buat kabinet dengan desain cantik
dengan ukuran panjang dan pendek
asas dicacak tidak senget
tiap penjuru dilorek molek
warna disembur memancar menarik.
Tersiap kabinet disusun tuan
rencaman bahan bacaan
kitab akta kitab usahawan
kitab ahli cendakiawan
buat telaah buat telaan
buat cadangan buat debatan
buat bentangan buat aduan
buat gubalan buat olahan
buat sindiran buat hasutan
pun buat herdikan buat kejian.
Dibina kabinet dasarnya keperluan
diolah direka atas kepercayaan
andai tidak dijaga tuan
berselerakanlah bahan bacaan
bercampur aduk segala rujukan
tiada peraturan terlari peradaban
susunan yang indah diawalan
robek sonek rabut cabutan
Apalah indahnya sebuah kabinet
apalah menafaatnya badan rujukan
apalah mudahnya idea timbunan
andai tata tiada susila
andai tutur celupas dikata
andai jujur terpisah ikhlas
andai sehati meniris jiwa
andai amanah sering sirna
Sesungguhnya tuan pasti
teramat berangan tinggi
terhadap kepemimpinan
yang hujungnya satu penyesalan.
Didunia tuan mendapat kesenangan
namun setelah kematian
sungguh penuh penderitaan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg