Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Anak pemalu raih manfaat dari program persiap anak ke sekolah anjuran Mendaki

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



MELIHAT anak sulungnya yang pemalu dan pendiam, Cik Liyana Fairuz Fauzi pada awalnya prihatin sekiranya anak perempuan sulungnya itu dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah yang baru.



Mendaftarkan anaknya, Nadine Irdina Farhan, bagi program berasaskan kurikulum seperti KelasMateMatika@CC dalam talian, atau eKMM@CC, dan Kelas Siap Sekolah (KSS) tahun lalu, Cik Liyana, 32 tahun, melahirkan perasaan gembira melihat anaknya perlahan-lahan menjadi lebih yakin pada dirinya dan petah bercakap.



Bermula sebagai murid darjah satu di Sekolah Rendah Qihua awal tahun ini, Nadine berjaya menyesuaikan diri dengan lebih baik ketika dia memasuki fasa baru dalam pendidikan perjalanan pendidikannya, kata Cik Liyana.



Namun begitu, ketika dihubungi Berita Harian, ibu dua anak itu berkata pada awalnya beliau menghadapi cabaran untuk bercakap tentang permulaan sekolah rendah bersama Nadine, enam tahun.



"Setiap kali saya dan suami saya cuba berbual bersama Nadine tentang peralihannya ke Sekolah Rendah, beliau selalu berkata NO!



"Ia seperti dia tidak ingin membincangkan sesuatu yang dia tidak kenali atau sesuatu pengalaman yang dia belum pernah lalui.



"Jadi, apabila saya menerima mesej daripada Mendaki dengan menjemput saya daftarkan anak saya, saya rasa ia datang pada waktu yang tepat," kata Cik Liyana.



eKMM@CC merupakan daya usaha M kuasa Tiga (M³) yang melengkapkan ibu bapa dengan kemahiran membantu dalam pembelajaran anak-anak mereka dalam konsep celik angka asas.



KSS pula adalah program yang menyepadukan pemikiran komputasi, konsep matematik dan kemahiran literasi bagi meningkatkan persediaan kanak-kanak memasuki darjah satu.



Menurut pustakawan itu, Nadine menyertai program eKMM@CC selama empat minggu pada suku pertama 2021. Kemudian, dia menyertai program KSS selama lapan minggu pada suku terakhir 2021.



Sebelum menjalani program-program ini, Cik Liyana berkata Nadine sebelum ini kurang berminat dalam subjek matematik dan kurang celik dalam penggunaan teknologi.



Namun, dengan pembelajaran lain yang interaktif, beliau berkata Nadine kini lebih yakin dalam kemahirannya bagi subjek Matematik dan tahu bagaimana menyesuaikan diri dalam kelas.



"Kegiatan yang ditawarkan dalam program eKMM@CC adalah interaktif dan menarik.



"Antara kegiatannya ialah menggunakan penutup botol untuk belajar menghitung berbanding hanya menggunakan kertas dan pensil.



"Selain itu, dengan landskap pembelajaran yang sering berubah, KSS telah meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah mereka dan mengukuhkan asas Nadine agar bersedia menghadapi darjah satu.



"Selepas kelas, Nadine selalu bertanya, bila lagi dia boleh pergi hadiri kelas. Ini sesuatu yang menggembirakan kerana anak saya suka belajar dan ingin mencabar diri," katanya sambil menambah bahawa Nadine turut mempelajari kemahiran teknologi penting misalnya menggunakan aplikasi seperti Zoom.



Selain daripada memperkasa kanak-kanak dengan kemahiran yang mereka memerlukan, Yayasan Mendaki turut menawarkan program sampingan bagi ibu bapa.



Menghadiri salah satu acara yang dianjurkan tentang bagaimana golongan ibu bapa dapat menyokong anak-anak mereka, Cik Liyana berkata ia memberinya keterangan tentang apa yang beliau akan hadapi sebagai ibu ketika anaknya membesar.



"Ia mengajar kami cara melihat sesuatu pada tahap anak-anak kami.



"Bagaimana kita boleh lebih terbuka dan memahami serta bagaimana kita boleh menyokong dan membantu anak-anak kita mencapai matlamat mereka tidak kira besar atau kecil.



"Jadi, sebagai ibu bapa, menghantar anak perempuan saya ke sekolah rendah sangat membantu," ujarnya.



Memandangkan ia banyak memberi manfaat kepada anak sulungnya, Cik Liyana berkata beliau juga tidak sabar mahu mendaftarkan anak bongsunya, Sophia Inaaya Farhan, yang berusia empat tahun apabila pendaftaran dibuka semula tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >