Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Satu-satunya penjual makanan laut Melayu di Pelabuhan Perikanan Jurong jual melalui sesi ‘live’ dalam talian

“Like and share... ada ikan, udang, sotong...”

Satu-satunya penjual makanan laut Melayu di Pelabuhan Perikanan Jurong jual melalui sesi ‘live’ dalam talian
May 28, 2023 | 05:31 AM



SEDANG kebanyakan orang mahu berehat di rumah selepas sehari suntuk bekerja, Encik Muhammad Mizzuan Maslan pula bersiap ‘masuk gelanggang’ sekitar 7 malam.

Seperti pegerai lain di Pelabuhan Perikanan Jurong yang menunggu stok makanan laut baru masuk, Encik Mizzuan, 30 tahun, juga bersiap untuk buka kedai.







Bezanya, beliau hanya ‘berbekalkan’ telefon bijak dan tripod untuk mula menjual stok tersebut dalam talian melalui sesi ‘live’ di Facebook, Instagram dan TikTok dari pelabuhan tersebut.







Tepat 8 malam, suaranya mula kedengaran- “Alright ladies and gentleman, help me to like and share, like and share!”- sebagai isyarat bermulanya sesi ‘live’ menawarkan makanan laut segar untuk ‘direbut’ pelanggannya dalam talian.







Semasa sesi ‘live’ yang berlangsung dari 8 malam hingga 12 tengah malam itu, Encik Mizzuan menjual makanan laut segar seperti ikan siakap, ikan merah, sotong, udang, ketam dan siput, selain udang galah yang kadangkala ‘muncul’ pada Jumaat.

Selepas tamat sesi ‘live’ tersebut, Encik Mizzuan dibantu tiga kakitangan lain menyediakan makanan laut itu - yang diletakkan dalam bungkusan vakum untuk mengekalkan kesegarannya - bagi dihantar pagi berikutnya.







Pengetahuannya tentang makanan laut serta cara beliau menyediakan dan mempromosikan stok makanan laut kelihatan seperti penjual berpengalaman, meskipun Encik Mizzuan akur baru setahun jagung menceburi bidang itu.

“Kalau tanya saya tiga tahun lalu, memang tak pernah terlintas saya akan jadi penjual ikan,” katanya berseloroh semasa Berita Minggu (BM) menemuinya di pelabuhan itu baru-baru ini.


Encik Mizzuan telah memulakan kerjayanya dalam bidang perhotelan sejak berusia 19 tahun, namun memutuskan untuk mencuba nasib sebagai pekerja penghantar makanan pada 2019 hingga 2020.

Namun, selepas diminta menolong temannya membuat ‘live’ menjual alat elektronik di Facebook, Encik Mizzuan menyedari akan trend sesi ‘live’ ini yang mampu menarik minat ramai penonton, langsung menarik minatnya untuk turut mencuba.

“Tapi selepas itu saya fikir, dah banyak orang jual elektronik, tak akan orang nak beli elektronik hari-hari. Jadi saya putuskan untuk cari sesuatu yang orang Melayu tak banyak jual dan bila pelanggan beli, mereka akan beli secara tak putus, jadi tercetus idea nak jual makanan laut,” kata bapa dua anak berusia sembilan dan dua tahun itu.







Lebih menarik lagi, menurut Encik Mizzuan beliau merupakan satu-satunya penjual Melayu di pelabuhan itu yang mula sibuk dengan pengunjung awam sekitar 1 pagi.

“Ramai pegerai di sini tengok saya macam pelik, kenapa budak ini datang sini jual ikan?

“Tapi lama-kelamaan kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain, meskipun kita bersaing jual ikan. Malah, mereka banyak membantu saya kerana memang ada selok-belok yang kurang saya fahami,” ujarnya dan mengaku perlu belajar secara ‘hands on’ sambil bekerja.

Menurut Encik Mizzuan, sekurang-kurangnya satu kotak besar– sekitar 100 kilogram – makanan laut akan terjual bagi setiap sesi ‘live’ dan jualannya boleh mencecah sekitar $3,000 satu malam.

Buat masa kini, beliau berkongsi tempat dengan seorang lagi pegerai dan akan hanya menjual makanan laut dalam talian sementara pegerai berkenaan menjual kepada orang ramai yang datang ke pelabuhan itu.

“Memang menjual ikan ini tak dilihat sebagai pekerjaan ‘glamor’, tak pakai sut dengan tie.

“Tapi, saya rasa seronok dan ada ‘thrill’.

“Lagipun kerjanya halal, itu penting. Kalau pekerjaan halal, keluarga kita juga mudah-mudahan akan dapat kebahagiaan,” kata beliau.

Encik Mizzuan meletakkan cita-cita untuk membuka kelong sendiri – di kawasan perairan Malaysia atau Indonesia – untuk menternak makanan laut dan menjualnya.

“Ini cita-cita yang saya letakkan untuk lima tahun akan datang, dan ia jadi dorongan untuk saya bekerja lebih keras dan kumpul duit.

“Pada saya, yang penting adalah minat dan kesungguhan. Ini akan membuatkan kita lebih mudah cari jalan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >