Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Anwar perlu tumpu pada ekon, kurangkan berpolitik untuk jadi pemimpin berwibawa

Sep 03, 2023 | 11:17 AM



Politik selalunya adalah mengenai prestasi. Selalunya ahli politik perlu memainkan peranan yang ‘diberikan kepada mereka’. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin kurang memikirkan cara politik begitu.

Tetapi untuk meneruskan tugas di tengah-tengah keputusan mengecewakan dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, beliau harus meneliti semula peranan yang dimahukan oleh orang ramai khususnya masyarakat Melayu.

Membina imej

Sejak awal lagi, Datuk Anwar kelihatan mahu tampil sebagai seorang Perdana Menteri Melayu yang berlainan daripada apa yang sudah dilihat selama ini. Hilang sudah sut khas Datuk Seri Najib Razak yang mahal atau barangan berjenama Datuk Seri Ismail Sabri.

Semua itu sudah berwajah baru, kurang mempamerkan kemewahan dan kemegahan, dilambangkan oleh seorang Perdana Menteri dengan berbaju Melayu dan bercapal (sandal), masuk bekerja di pejabat pada hari pertamanya.

Selama beberapa bulan, beliau telah mengekalkan imej ini – bukan sahaja dalam pemakaian, tetapi juga dalam tindakannya. Pada banyak hari Jumaat, Datuk Anwar memastikan beliau keluar daripada keselesaan Putrajaya untuk solat di masjid berlainan di seluruh Malaysia dan makan tengah hari di kedai makan biasa yang berdekatan.

Pada sebelah malamnya, beliau menghabiskan masa bersama golongan ulama, sambil menyampaikan pandangan tanpa disiapkan lebih awal dan merujuk kepada kitab suci, apabila berbicara tentang keadilan dan kepimpinan dalam Islam.

Ini adalah peranan pertama yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Anwar, buat tatapan awam Malaysia: Pemimpin pan-Melayu yang berfikiran mendalam, jelas tidak kagum dengan pesona jawatannya.

Pandangan Umum Melayu Skeptikal

Memang, pada minggu-minggu pertama Datuk Anwar menjadi Perdana Menteri, terdapat kekaguman kolektif dalam suasana baru. Ramai mungkin boleh menerima gaya ‘rendah dirinya’. Tetapi semua itu berubah secara beransur-ansur.

Inilah cabaran yang dihadapi Datuk Anwar dengan masyarakat Melayu. Kepercayaan mereka terhadap ahli politik adalah tipis – dan Datuk Anwar adalah ahli politik yang mereka kenali sejak sekian lama.

Oleh itu, selepas semua sesi bergambar, berjam-jam dihabiskan di luar pejabat untuk dilihat rakyat Malaysia, sesi dengan cendekiawan, paparan persahabatan dengan pemimpin Muslim seperti Encik Recep Tayyip Erdogan dari Turkey atau Presiden Joko Widodo dari Indonesia, gabungan Pakatan Harapan–Barisan Nasional (PH-BN) hanya memperolehi 30 peratus sahaja undi Melayu.

Retorik Agresif

Peranan lain yang Datuk Anwar kelihatan bertekad untuk melaksanakan ialah melancarkan serangan secara halus ke atas lawan yang dilihatnya cuba menutup perbuatan rasuah dan salah laku mereka semasa berkuasa.

Seorang pemimpin politik yang tidak dinamakan malah telah diberi kata dua secara terbuka supaya mengembalikan wang dan harta yang didakwa dicurinya. Jika tidak, Perdana Menteri akan meminta pihak berkuasa menyiasat, “termasuk pergi ke rumahnya, pergi ke pejabatnya, menyemak akaunnya”.

Kenyataan seorang Perdana Menteri harus dipandang serius, terutamanya apabila pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menghadapi tuduhan sebenar – namun kemudian beberapa tuduhan itu telah dibebaskan mahkamah.

Kredibiliti yang dipersoalkan

Secara kasar, terdapat logik dalam pendekatan ini. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) November 2022, pembangkang Perikatan Nasional (PN) berjaya berkempen dengan slogan ‘bersih’ untuk meraih sokongan pengundi Melayu, yang melihat Umno sebagai rasuah tetapi enggan memilih Pakatan Harapan (PH) pimpinan Datuk Anwar.

Lebih-lebih lagi, dengan Umno kemudiannya bekerjasama dengan PH, laluannya agak jelas bagi PN melangkah untuk menjadi juara etno-nasionalis baru.

Sekali lagi, masalah bagi Datuk Anwar adalah orang ramai tidak percaya. PN berjaya menggambarkan serangan itu sebagai bermotifkan politik, tugas yang dipermudahkan memandangkan Datuk Anwar kekal bekerjasama dengan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang sendiri menghadapi tuduhan mahkamah dan telah menjadi tokoh Umno yang bermasalah di kalangan orang Melayu.

Namun, ini bukan bermakna orang Melayu percaya tuduhan terhadap pemimpin PN adalah semata-mata soal penganiayaan politik. Mereka sinis terhadap ahli politik. Tetapi sifat sama ini menampilkan keraguan mereka terhadap seorang Perdana Menteri, yang menggambarkan lawannya sebagai bersifat ‘kotor’ dan perkauman, sedangkan beberapa bulan sebelum ini beliau sendiri menuduh perkara sama terhadap beberapa anggota Kerajaan Perpaduannya.

Pengawasan Ekonomi

Mungkin peranan yang terbaik buat Datuk Anwar ialah memberi inspirasi dan menyediakan hala tuju ekonomi kepada negara yang inginkan kemakmuran sekali lagi.

Pada saat-saat genting sekarang, pengawasan ekonomi yang kukuh menawarkan alternatif lebih baik kepada budaya yang memecahbelahkan. Dan yang penting, bagi Datuk Anwar, pemidato dan “lelaki pemikir”, peranan itu akan mempunyai lebih kredibiliti daripada peranan yang pernah dimainkannya.

Malah, beliau kadangkala memainkan peranan ini, seperti apabila menggariskan “Naratif Ekonomi Madani” buat Malaysia hanya dua minggu sebelum pengundian PRN, atau apabila mengumumkan bahawa Tesla akan menubuhkan ibu pejabat serantau mereka di Malaysia.

Projek itu memerlukan lebih daripada ucapan atau pengumuman. Keputusan sukar menanti. Beliau mungkin perlu memikirkan semula Kabinetnya dan mempercayai ahli politik lain untuk melakukan tugas. Beliau juga mungkin mahu mendengar fikiran orang lebih muda yang ideanya mungkin berlainan daripada kalangan penasihatnya.

Beliau juga mungkin perlu mengambil beberapa risiko mengenai dasar, seperti pembaharuan subsidi. Tetapi seperti yang ditunjukkan tinjauan baru-baru ini, beliau mungkin masih mempunyai kelebihan menjadi seorang Perdana Menteri yang mempunyai rancangan dan kurang bermain politik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >