Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua pembangkang dakwa taktik kotor diguna, jatuhkan pimpinan PN

Aug 25, 2023 | 5:02 PM
DAKWA ADA TAKTIK KOTOR: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dakwa dikenakan tindakan berniat jahat yang ada campur tangan politik.
DAKWA ADA TAKTIK KOTOR: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dakwa dikenakan tindakan berniat jahat yang ada campur tangan politik. - FACEBOOK DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengesahkan bahawa akaun beliau dan isterinya dibekukan oleh pihak berwajib.

Ketua Pembangkang itu percaya wujud tekanan dan campur tangan pemimpin tertinggi dalam Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam tindakan ke atasnya.

Beliau membidas kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan terdesak untuk menjatuhkannya dan menekan pimpinan PN dengan menyebarkan hal pembekuan akaun beliau kepada media.

“Ia satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN, terutama selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada PN yang memenangi 146 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Datuk Hamzah, yang juga bekas menteri dalam negeri, berkata tindakan pendakwaan politik itu sama dengan kes melibatkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara diperalatkan bagi memfitnah pemimpin PN.

“Tetapi akhirnya Hakim Mahkamah Tinggi membatalkan empat pertuduhan kerana cacat, tidak berasas, kabur dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah, malah Hakim juga memutuskan pendakwaan tersebut adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Ahli Parlimen Larut itu juga percaya lebih banyak tindakan politik akan diambil terhadap ke atasnya dan pemimpin PN dalam masa terdekat, termasuk menggunakan pihak polis menyiasatnya kerana mengkritik Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam kempen PRN.

“Kezaliman kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional ini tidak akan menghentikan perjuangan saya. Demi masa depan negara dan rakyat, saya akan terus melawan kerajaan zalim ini.

“Saya telah menyerahkan satu surat tuntutan kepada SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPM dan Kerajaan Malaysia dan peguam saya sedang menyediakan kertas tindakan untuk memulakan tindakan mahkamah kerana mengheret nama saya dalam kes pendakwaan yang tiada kena-mengena dengan saya,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg