Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Ada ubat mampu kurangkan 'beban' kepada ginjal

Feb 14, 2022 | 05:30 AM



SEJENIS ubat yang mampu menghentikan ginjal daripada menyerap semula glukos dan garam, kini semakin mendapat perhatian.



Diberi nama Dapagliflozin, ia biasanya meredakan sedikit tekanan dalam darah dan mengurangkan pengeluaran protein dalam air kencing.



Ketua dan Konsultan Kanan Divisyen Nefrologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Nasional (NUH), Profesor Madya Jimmy Teo, berkata selepas setahun, kadar fungsi ginjal yang berkurangan semakin perlahan, dan pesakit yang mengambil ubat ini mengalami kegagalan ginjal tahap akhir semakin berkurangan.



"Ubat ini telah dikaji dalam kalangan pesakit yang mengalami penyakit ginjal kronik (CKD) yang disebabkan kencing manis dan beberapa punca lain penyakit ginjal," tambah Dr Teo.



Ubat ini dapat mengurangkan beban kepada ginjal dan mengembalikan fungsi ginjal dengan menghentikan penyerapan semula glukos dan sodium.



"Ini bermakna ginjal kurang bekerja keterlaluan, dan dapat lakukan fungsi penting yang lain, justeru mengurangkan risiko kegagalan jantung.



"Cara sebenar ubat ini lakukan kerjanya masih dikaji tapi ramai percaya bahawa mengurangkan 'beban' pada ginjal juga mengurangkan permintaan ginjal untuk aliran darah dan oksigen.



"Kurangnya oksigen semasa tempoh kerja yang berlebihan menyebabkan sel-sel ginjal mati awal," tambah Dr Teo.



Ubat ini tidak boleh menggantikan ubat-ubat lain, tapi digabungkan dengan ubat-ubat lain.



Ubat ini digunakan sebagai jagaan piawai, dan diisytiharkan dalam kebanyakan panduan amalan klinikal.



"Majoriti pesakit yang datang ke klinik pakar kami akan ditawarkan ubat ini.



"Namun seperti ubat lain, beberapa pesakit mungkin tidak dapat menunjukkan keselesaan dan kesesuaian kepada beberapa kesan sampingan.



"Tapi majoriti pesakit tidak mempunyai isu. Kebanyakan pesakit diberi satu tablet setiap hari dan dinilai semula dalam tiga atau empat bulan kemudian tanpa sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.



"Ubat ini agak berpatutan dan terdapat di kesemua klinik dan hospital di serata Singapura," katanya lagi.








APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG GINJAL 



Fungsi ginjal



Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting.



Fungsi-fungsi ginjal ialah:



  • Membuang bahan kumoh seperti urea dan toksin dari badan;

  • Membuang cecair yang berlebihan dari badan;

  • Mengawal tekanan darah;

  • Mengawal asid dalam darah;

  • Mengawal mineral di dalam darah;

  • Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan aktif vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.

Kegagalan ginjal



Kegagalan ginjal terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan:



Tahap 1 hingga tahap lima.



Kegagalan ginjal peringkat akhir berlaku apabila fungsi ginjal berada di tahap kelima



Punca utama kegagalan ginjal



  • Kencing manis (Diabetes mellitus);

  • Radang buah pinggang (Glomerulonephritis);

  • Penyakit batu karang;

  • Hipertensi (tekanan darah tinggi).

Menghidap penyakit ginjal?



Kerosakan ginjal berlaku secara senyap tanpa apa-apa tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk.



Anda dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya anda tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.



Anda berasa syak menghidap kegagalan ginjal apabila mempunyai tanda-tanda berikut:



  • Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah);

  • Rasa mual, muntah dan hilang selera makan

  • Gatal seluruh badan;

  • Sakit tulang

  • Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas;

  • Pucat;

  • Kencing yang berbuih;

  • Darah keluar bersama air kencing;

  • Jangkitan salur kencing berulang-ulang;

  • Pengeluaran kencing berkurangan;

  • Kerap kencing terutama sebelah malam;

  • Mengalami hypertensi pada usia muda.

Rawatan



Bagi rawatan gantian fungsi ginjal, anda perlu berjumpa dengan pakar nefrologi. Ini dapat dicapai melalui salah satu dari kaedah rawatan berikut:



  • Rawatan dialisis;

  • Hemodialisis (menggunakan saluran darah)

    Peritoneal dialisis (menggunakan peritonium);

  • Pemindahan ginjal.

Rawatan dialisis diperlukan apabila:



  • Tanda-tanda keracunan darah seperti loya, muntah, hilang selera makan, sawan;

  • Ujian darah “renal profile” menunjukkan paras creatinine, urea dan potassium yang tinggi;

  • Peningkatan pengumpulan air dalam badan, kekurangan zat makanan (malnutrition) atau kadar hemoglobin rendah (anaemia);

  • Kadar penurasan glomerular (GFR) kurang dari 10 - 15mls/min;

  • Pesakit sesak nafas dan kurang zat makanan).

Siapakah yang berisiko tinggi?



  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi;

  • Jika anda penghidap kencing manis yang tidak terkawal;

  • Jika kencing anda mengandungi darah dan protein;

  • Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi;

  • Jika anda penghidap penyakit sistem keimunan seperti – Systemic Lupus Erythromytosis (SLE);

  • Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba;

  • Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga;

  • Jika anda penghidap sakit jantung.

Pencegahan



Perkembangan kegagalan ginjal peringkat akhir dapat dilewatkan dengan cara pengesanan awal, pengawalan tekanan darah tinggi yang ketat, mengawal paras gula dan mengawal kandungan protein dalam air kencing.



Mereka yang berisiko tinggi yang menghidap penyakit ginjal digalakkan membuat saringan ujian air kencing dan ujian darah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >