Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Apabila 😠 dimaksudkan, namun 😊 yang ditulis

Emoji yang mula popular sejak lebih sedekad lalu sudah menjadi sebahagian daripada ‘bahasa’ harian yang kita gunakan. Pada masa yang sama ia merupakan sesuatu yang mempunyai pelbagai interpretasi apabila digunakan individu berbeza. Sempena Hari Emoji Dunia pada 17 Julai, BERITA MINGGU (BM) meneroka penggunaan emoji dalam cara kita berkomunikasi. 
Jul 16, 2023 | 05:30 AM



Riak wajah biasanya menjadi antara faktor penentu maksud di sebalik perbualan seseorang – sama ada ayat yang dituturkan bernada marah, sedih atau gembira.

Namun, apabila perbualan itu berlangsung di alam maya, emoji menjadi pengganti, membezakan ayat “Eeei bencilah!” daripada “Eeei bencilah! 😏” . Ayat pertama dibaca dengan nada yang bingit atau marah, manakala ayat kedua boleh ‘diterjemahkan’ sebagai gurauan manja.

Menurut pakar, penggunaan emoji meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam kalangan segenap lapisan masyarakat tidak kira usia.

Emoji memainkan peranan dalam membezakan maksud ayat atau teks yang dihantar untuk berkomunikasi dalam talian.

Pada masa yang sama ia juga boleh dianggap ‘double-edged sword’ kerana ia berupaya ‘menyamar’ maksud sebenar di sebalik teks tersebut.

LEBIH EKSPRESIF DALAM BERKOMUNIKASI


Antara faktor yang menyebabkan peningkatan dalam penggunaan emoji termasuk keinginan ramai untuk menyampaikan mesej atau berkomunikasi dengan lebih cepat, menurut Profesor Madya Perhubungan Dan Media Baru di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Elmie Nekmat.

Ia juga digunakan untuk menyampaikan emosi atau perasaan yang tidak mungkin tercapai dengan hanya menaip teks, tambahnya.

“Pilihan untuk menggunakan emoji ini juga turut menandakan kecenderungan terhadap cara yang lebih ringkas atau ‘malas’ untuk menghantarkan mesej.

“(Penggunaan emoji) ini tidak memerlukan penggunaan kuasa kognitif atau minda yang tinggi, dan masa yang diperlukan utuk memberikan respons juga lebih singkat dalam membentuk mesej yang jelas,” ujar Dr Elmie.

Ditanya sama ada penggunaan emoji yang berleluasa ini menjejas penguasaan bahasa, terutama sekali bagi generasi muda, Profesor Madya Brian Lee, Ketua Program Perhubungan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), berkata ia perlu dilihat sebagai sebahagian daripada perkembangan bahasa secara semula jadi.

Menurut kajian Dr Lee sebelum ini berkaitan penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS), penggunaan emoji tidak mempunyai kesan terhadap piawai penggunaan bahasa Inggeris bertulis dalam kalangan belia di Singapura.

“Tidak dinafikan bahawa emotikon dan emoji telah mengubah cara kita berkomunikasi.

“Namun, ramai pakar bahasa menyatakan emotikon dan emoji ini merupakan perkembangan semula jadi atau metamorfosis bahasa berdasarkan teknologi komunikasi baru yang digunakan,” ujar Dr Lee.

Malah penggunaan emoji mampu menggalak belia berfikir secara lebih aktif dan menggunakan bahasa dalam bentuk lebih kreatif, menurut Dr Lee berdasarkan hasil kajiannya itu.

Meskipun emoji dapat menerapkan nuansa di sebalik ayat yang dimaksudkan, ia perlu digunakan berpada-pada dan perlu kena pada tempatnya, kata Pensyarah Kanan Pengurusan Perhubungan di Universiti Pengurusan Singapura, Dr Tracy Loh.

“Cara kita berkomunikasi dalam talian ini kurang ‘emosi’ dan emoji membantu dalam menonjolkan lagi maksud ayat yang ditulis itu.

“Namun, pada masa yang sama ia juga boleh mengelirukan dan tidak sesuai digunakan dalam situasi yang lebih serius, seperti dalam menulis e-mel kepada bos,” kata Dr Loh.

AWAS JANGAN KELIRU


Baru-baru ini seorang peladang dari Canada terpaksa membayar saman melanggar kontrak selepas menggunakan emoji ‘jempolan’ dalam menghantar mesej.

Peladang, Encik Chris Achter, telah menghantar respons dalam bentuk emoji itu selepas diminta mengesahkan kontrak pembelian biji flaks, atau flax, oleh syarikat South West Terminal Ltd (SWT) pada 2021.


Namun, produk tersebut tidak dihantar Achter dan syarikat SWT telah mengemukakan kes tersebut ke mahkamah.

Achter mendakwa emoji yang dihantar itu hanya bertujuan untuk menyatakan beliau telah melihat mesej itu dan beliau menantikan kontrak tersebut dihantar melalui faks atau surat.

Hakim telah meminta Encik Achter membayar ganti rugi AS$82,200 ($108,227) kepada SWT, menyatakan emoji itu bermaksud beliau telah mengesahkan kontrak tersebut.

Menyentuh kes tersebut, pensyarah Jabatan Perhubungan dan Media Baru di Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Madya Kokil Jaidka, berkata ini menunjukkan bagaimana emoji bukan hanya digunakan bagi meluahkan perasaan bahkan juga untuk memberi isyarat persetujuan.

“Sepertimana ayat tanpa konteks boleh disalahertikan, emoji juga perlu disertakan dengan teks.

“Yang menerima boleh bertanyakan soalan lebih lanjut bagi memastikan tujuan penghantar itu jelas, terutama sekali apabila ia melibatkan ribuan dolar!”

Menurut Dr Elmie, ini merupakan antara bahaya atau cabaran yang mungkin tidak disedari ramai di sebalik penggunaan emoji.

“Terdapat juga pengunaan yang berbeza berdasarkan generasi dan budaya berbeza yang boleh menyebabkan perbezaan tafsiran dan salah faham.

“Pengguna Gen Z contohnya, mungkin mendapati emoji ‘senyum’ sebagai sesuatu yang menyinggung perasaan sementara pengguna dari generasi lain tak berfikir sedemikian,” kata Dr Elmie.

Tinjauan Slack dan Duolingo ke atas 9,400 responden mendapati bahawa majoriti tidak sedar akan makna dan interpretasi berbeza di sebalik emoji tertentu.

“Emoji paling asas dan ringkas seperti emoji ‘jempolan’ juga mempunyai pelbagai maksud – ‘OK’, ‘baik’ atau ‘diterima’ dan sebagainya. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dalam konteks berbeza.

“Jika penggunaan emoji diterima di tempat kerja, kita perlu awas akan kekeliruan di sebaliknya,” kata Dr Lee.

Baru-baru ini, satu kajian yang dilakukan di Jepun mendapati emoji positif – termasuk wajah kuning yang tersenyum – sering digunakan untuk menyelindung emosi yang lebih negatif, supaya mesej yang diterima kelihatan lebih positif.

Justeru, kita tidak akan pulang ke era ‘caveman’, atau orang zaman batu, di mana hanya gambar digunakan dalam berkomunikasi, kata Dr Loh.

Katanya: “Untuk mengelakkan kekeliruan, penggunaan emoji perlu ‘dilengkapkan’ teks yang dapat memberikannya konteks yang sewajarnya.

“Tapi pada masa yang sama, berpada-padalah menggunakan emoji, janganlah penuhi e-mel yang dihantar kepada bos anda dengan emoji, kurang profesional.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >