Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

INDAHNYA RAMADAN

Bulan puasa masa keluarga berkumpul, kongsi hidangan iftar

Ketibaan bulan Ramadan- terutama sekali sambutan Ramadan yang tidak ‘tersekat’ dek Covid-19- amat dialu-alukan masyarakat Islam seluruh dunia. Ia juga diraikan dengan pelbagai amalan dan tradisi oleh masyarakat Melayu Islam di sini. BERITA MINGGU meninjau kemeriahan sambutan Ramadan tahun ini. Pelbagai gaya sambutan gambarkan kepatuhan pada ibadah, keutuhan hubungan keluarga dan sikap gotong royong masyarakat untuk jadikan bulan mulai lebih bermakna
Apr 02, 2023 | 05:30 AM



SETIAP hujung minggu, mereka akan berbuka di rumah berbeza.



Ini kerana bulan Ramadan biasanya merupakan tempoh di mana Cik Abidah Yahya dan tiga lagi adik-beradiknya bergilir menjadi tuan rumah bagi sesi iftar beramai-ramai yang menjadi tradisi keluarga besarnya.



Sesi iftar tersebut menghimpunkan sekitar 20 hingga 30 anggota keluarga - termasuk keluarga adik beradik Cik Abidah serta ipar duai - yang akan turut sama menyumbang kepada sajian iftar dan memeriahkan lagi perhimpunan tersebut.



"Ini merupakan sesuatu yang kami nanti-nantikan setiap tahun.



"Maklum, kami jarang sekali dapat berhimpun di luar Ramadan, nak cari masa semua 'free' untuk berjumpa memang agak sukar, tapi semasa Ramadan ini kami memang berusaha sedaya upaya untuk memastikan kami dapat berhimpun hujung minggu," kata Cik Abidah, 37 tahun, yang merupakan ibu kepada tiga anak berusia tiga, enam dan sepuluh tahun.



Meskipun terpaksa menghentikan tradisi keluarga tersebut selama tiga Ramadan dek pandemik yang melanda serta langkah pengurusan selamat yang menghadkan perhimpunan beramai-ramai, keluarga Cik Abidah lega dapat terus menganjurkan sesi buka beramai-ramai tersebut sejak tahun lalu.



Malah, tahun ini lebih meriah, kata Cik Abidah.



Ini kerana secara kebetulan, hari jadi anak bongsu Cik Abidah dan anak abangnya jatuh pada Sabtu, 25 Mac.



Justeru sesi berbuka puasa beramai-ramai pertama bagi Ramadan tahun ini - yang diadakan pada tarikh yang sama - cukup semarak ditambah dengan pelbagai juadah dan hiasan khas bagi meraikan hari jadi dua kanak-kanak tersebut.



"Keluarga kami memang besar, dan meskipun kami sukar berhimpun pada hari-hari biasa, setiap pencapaian - contohnya seperti hari jadi, naik pangkat atau sebagainya - kami akan sambut bersama.



"Jadi bila tiba-tiba terhenti begitu sahaja semasa tempoh Covid-19, terasa seperti ada sesuatu yang kurang atau tidak kena dengan hidup kami," kata Cik Abidah, yang bertugas sebagai seorang pekerja sosial.



Malah, semasa ketiadaan perhimpunan beramai-ramai selama tiga tahun sebelum ini dek Covid-19, anak-anak Cik Abidah turut tertanya mengapa mereka tidak dapat bermain dan meluangkan masa bersama saudara-mara yang lain.



"Mereka juga dapat merasakan ada yang tak kena, tapi kami beritahu mereka yang buat sementara waktu memang tak boleh berjumpa beramai-ramai.



"Jadi kami cukup bersyukur dapat berhimpun lagi seperti ini dan berharap dapat teruskan tradisi ini setiap tahun," ujar Cik Abidah.



Perhimpunan semasa Ramadan ini dapat membantu mengeratkan lagi silaturrahim antara anggota keluarga, kata Cik Abidah, yang turut menambah ia memberikan peluang untuk 'catch-up' atau menanyakan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan masing-masing.



Ia juga peluang bertemu dengan anggota keluarga yang meniti usia lanjut dengan lebih kerap.



Selepas bergiliran menjadi tuan rumah untuk sesi berbuka puasa, keluarga Cik Abidah biasanya akan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama pada hari pertama.



Selain perhimpunan di rumah masing-masing, mereka turut menganjurkan sesi berwisata beramai-ramai, termasuk aktiviti berpiknik beramai-ramai atau melancong ke luar negara bersama.



"Memang keluarga besar kami ini sebahagian penting hidup kami adik beradik.



"Kami harap dapat turunkan tradisi ini kepada anak-anak kami juga," katanya.




"Ini merupakan sesuatu yang kami nanti-nantikan setiap tahun.
Maklum, kami jarang sekali dapat berhimpun di luar Ramadan, nak cari masa semua 'free' untuk berjumpa memang agak sukar, tapi semasa Ramadan ini kami memang berusaha sedaya upaya untuk memastikan kami dapat berhimpun hujung minggu.''
- Cik Abidah.



"Memang keluarga besar kami ini sebahagian penting hidup kami adik beradik.
Kami harap dapat turunkan tradisi ini kepada anak-anak kami juga.''
- Cik Abidah. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >