Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Dayang rindu beraya di kampung halaman

May 02, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Meraikan 1 Syawal di perantauan tidak akan sama dengan suasana di kampung halaman sendiri.



Justeru, tidak hairanlah budaya balik kampung bagaikan satu kemestian buat warga kota setiap kali menjelang Aidilfitri.



Bagi penyanyi Dayang Nurfaizah yang sudah beberapa tahun meraikan Syawal di ibu kota, perasaan sama turut dirasakan.



Meskipun masih berpeluang berkumpul bersama keluarga, perasaan tidak sama berbanding meraikannya Syawal di kampung halaman di Sarawak.



"Dayang beraya di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun ini. Kali ini sekali lagi Dayang menyambutnya di ibu kota. Cuma, bezanya kali ini kami sekeluarga dapat berkumpul. Hanya adik lelaki sahaja tidak dapat ikut serta kerana beraya di rumah keluarga mentua.



"Namun, tak dapat dinafikan suasana beraya di kampung halaman di Kuching sangat berbeza dan lebih seronok. Jujurnya, Dayang sangat rindu untuk beraya di kampung," katanya kepada BH Online.



Mengimbau keseronokan menyambut Aidilfitri di Kuching, penyanyi bersuara gemersik ini mengakui kemeriahannya lebih kepada budaya kunjung mengunjungi yang diamalkan.



"Apabila kita beraya di ibu kota, sambu tan Syawal hanya dalam skala kecil. Dayang pula tinggal di kondominium, memang tiadalah tetamu yang datang kecuali keluarga terdekat.



"Kalau masak pun, ala kadar sahaja dan jarang berlebihan sangat. Namun, berbeza apabila beraya di Kuching. Tiga hari sebelum Syawal kami sudah sibuk dengan persiapan membeli barangan dapur.



"Orang kata kemeriahan berhari raya di kampung halaman lebih besar. Apabila dapat kumpul bersama sanak saudara, suasana seperti majlis kenduri.



"Paling Dayang rindukan adalah budaya kunjung-mengunjungi. Di Kuala Lumpur, kami tiada nak ketuk rumah jiran untuk beraya. Namun, di kampung, kami boleh ziarah jiran sekeliling rumah," kata penyanyi yang baru muncul dengan album, Belagu 11 ini.



Meskipun beraya di kota metropolitan, rutin tradisi beraya di kampung masih dikekalkan.



"Budaya bersalaman dan memohon maaf setiap pagi raya wajib diamalkan walaupun beraya di bandar.



"Cuma apabila keluarga semakin membesar, rutin bersalaman yang selalunya berlangsung pada waktu pagi akan berganjak tengah hari.



"Semuanya gara-gara masing-masing nak bersiap dan melaram depan kamera. Walaupun bukan dirakam jurugambar profesional, tetapi penampilan tetap kena jaga," cerita Dayang sambil ketawa.



Mengenai menu wajib sebagai juadah pagi Raya, penyanyi berkulit hitam manis ini berkongsi, Aidilfitri tidak lengkap tanpa juadah hasil air tangan ibunya.



"Biasanya ibu akan masak kari ayam, kuah kacang dan ayam masak merah. Walaupun menu nampak biasa, tetapi untuk juadah raya, bahan-bahan yang digunakan sedikit ekstra, sekali gus menjadikan lebih enak daripada biasa.



"Kami juga tetap akan menghidangkan kek lapis kerana itu juga adakah tradisi orang Sarawak pada hari raya.



"Dayang minta kakak Dayang belikan. Walaupun jumlahnya tidak banyak sampai penuh satu meja, kek lapis Sarawak tetap kena ada," ujar Dayang yang kini sedang sibuk membuat persiapan konsert yang akan diadakan di Singapura pada 20 Mei depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >