Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Duet ‘Sejuta Kata’ dilancar, Hazrul & Diana teruja teroka pasaran M’sia

May 30, 2023 | 7:14 PM
SAHABAT LAMA: Hazrul Nizam (kiri) dan Diana Nazyra sudah bersahabat selama lebih 20 tahun dan kini gembira dapat bersama merakamkan single duet Sejuta Kata yang dilancarkan pada 23 Mei 2023.
SAHABAT LAMA: Hazrul Nizam (kiri) dan Diana Nazyra sudah bersahabat selama lebih 20 tahun dan kini gembira dapat bersama merakamkan single duet Sejuta Kata yang dilancarkan pada 23 Mei 2023. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

SUDAH agak lama Singapura tidak mempunyai penyanyi duet atau lagu duet baru yang menarik perhatian ramai.

Justeru agak memberangsangkan apabila penyanyi Singapura, Hazrul Nizam dan Diana Nazyra merakamkan lagu berjudul ‘Sejuta Kata’, yang telah pun dilancarkan pada Selasa, 23 Mei.

Menariknya lagu itu dihasilkan oleh pasukan yang bukan calang-calang, ia itu oleh penyanyi dan penggubah terkenal Malaysia, Hazama dan Omar K. Bahkan Omar K juga bertindak sebagai penerbit.

Dengan gabungan itu, Sejuta Kata dalam kedudukan yang mantap memandangkan Hazrul kini sudah dikenali di Malaysia selepas penyertaannya dalam Gegar Vaganza ke-9 (GV9) pada 2022.

Lagu itu dirakamkan di studio World Peace Entertainment di Kuala Lumpur sebelum Ramadan. Menurut Hazrul dan Diana, lagu itu juga akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada awal Julai ini.

Hazrul dan Diana telah bersahabat sejak lebih dua dekad dan mereka memang telah lama menyimpan rancangan untuk merakamkan lagu duet bersama, namun peluang itu hanya terbuka pada awal tahun 2023 dan ini lebih memudahkan kerana Hazrul kini semakin dikenali di negara jiran.

MANTAP: Hazrul Nizam kini bersedia untuk meneroka lebih banyak peluang meluaskan kerjaya muziknya di Malaysia.
MANTAP: Hazrul Nizam kini bersedia untuk meneroka lebih banyak peluang meluaskan kerjaya muziknya di Malaysia. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
View post on Instagram
 

Ikuti temubual video Berita Harian dengan Hazrul Nizam dan Diana Nazyra mengenai single duet Sejuta Kata.

Music video Sejuta Kasih juga boleh diikuti di YouTube.

Watch on YouTube
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg