Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

EKONOMI DAN KERJA

Dulu cuci tandas kapal, kini jual bot mewah jutaan dolar

Jun 30, 2023 | 05:31 AM



Sebelum pintu rezekinya terbuka dalam urusan jual beli bot mewah, Encik Suhaimi Badri, 38 tahun, perlu melalui pelbagai rintangan termasuk melaksanakan ‘kerja kotor’ di atas kapal.

Kini sebagai Pengurus Negeri Asia Marine Yacht Services, sebuah syarikat pengedar bot mewah, beliau bertanggungjawab memimpin pasukannya menjual bot mewah baru bernilai hingga jutaan dolar.

Ditanya tentang pendapatannya, Encik Suhaimi keberatan mendedahkannya sekadar berkata beliau menerima gaji asas dan komisen daripada penjualan bot – sekitar 30 peratus daripada harga bersih jualan bot.

Syarikat itu turut membantu pelanggan yang mahu menjual semula atau membeli bot terpakai.

Bagi Encik Suhaimi, lulusan diploma privet dalam bidang muzik, kerjaya beliau kini tiada kaitan langsung dengan dunia seni muzik.

Bahkan, awal dalam kerjayanya, beliau pernah berkecimpung dalam pelbagai perniagaan seperti khidmat anjuran perkahwinan selain makanan dan minuman (F&B).

Encik Suhaimi akhirnya terpanggil ‘ke laut’ kerana mahu mencari sesuatu yang beliau minati. Mungkin juga kerana beliau merupakan kaki pancing.

“Saya gemar memancing dan suka ke laut justeru saya cuba dapatkan kemahiran dalam bidang kelautan,” kata ayah empat anak itu.

Beberapa tahun lalu, beliau menyertai kursus bagi mendapatkan sijil keupayaan yang membolehkan beliau memandu pelbagai bot kerja di kawasan pelabuhan.

“Ia merupakan tempoh mencabar bagi saya, memandangkan saya sudah berumah tangga dan sudah ada anak.

“Saya terpaksa mencari pendapatan semasa menjalani latihan – termasuk memandu Grab dan bekerja sambilan di atas kapal,” singkap beliau. 

“Saya juga terpaksa berjemur di tengah panas terik untuk cuci bot dan adakalanya saya juga ditugaskan untuk mencuci tandas bot. Pengalaman paling teruk ialah membersihkan tandas bot yang tersumbat,” kata beliau sambil tertawa.

Dalam tempoh itu juga beliau menjalani kursus jurumudi bot pelabuhan.

Kebetulan pada waktu itu seorang kenalan mengundang beliau menyertai sebuah syarikat broker kapal layar dan bot mewah sebagai kapten bot.  Tugas beliau antara lain ialah menjaga bot yang perlu dijual dan menghantar bot ke pelanggan di serata dunia.

Tidak lama kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi eksekutif pascapenjualan, membantu pemilik bot menguruskan kerja-kerja pembaikan atau naik taraf.

Seterusnya, beliau menerima peluang kerja dengan Asia Marine, sebuah syarikat broker bot mewah serantau, yang ketika itu mahu bertapak di Singapura.

Keinginan bekerja dengan sebuah syarikat yang lebih besar mendorong beliau menyertai Asia Marine.

Biarpun berjaya melangkah setapak dalam bidang jualan produk mewah, enam bulan pertama amat mencabar.

“Saya tak dapat jual satu bot pun,” keluh beliau. Seperti kebanyakan pekerja dalam sektor penjualan, pendapatan beliau banyak bergantung kepada komisen jualan.

“Saya agak panik ketika itu,” tambah beliau

Enggan sekadar menyerah kepada nasib, beliau menyingsing lengan, memberanikan diri mengetuk pintu setiap rumah mewah di Sentosa Cove.

“Mana rumah yang ada bot di laman belakang, saya akan ketuk, perkenalkan diri dan minta peluang perniagaan,” katanya.

Daripada 10 rumah yang diketuk, hanya satu yang membuka pintu. Mujur pemilik rumah bersetuju membenarkan Encik Suhaimi memasarkan botnya dan beliau diberi tiga bulan untuk menjualnya.

“Akhirnya saya berjaya laksanakan janji itu,” kata beliau.

Daripada situlah rezekinya mula lebih cerah. Bulan ini pula, beliau dinaikkan pangkat menjadi pengurus negeri Asia Marine di sini.

Selain menjadi orang tengah kepada penjual dan pembeli bot mewah terpakai, syarikatnya turut memasarkan bot mewah baru. Antara jenama yang diuruskan syarikatnya ialah Nimbus, Silent Yacht dan Bali Catamarans. 

Salah satu pencapaiannya ialah menguruskan penjualan sebuah bot mewah bernilai $2 juta.

Selain itu, syarikatnya turut menjadi pengedar utama peralatan riadah laut lain seperti Lift Foil yang berharga puluhan ribu dolar setiap satu.

“Awalnya tiada siapa mahu bantu saya, lama-kelamaan saya mula dapatkan kepercayaan rakan niaga lain dan mereka mula sedia membantu, hasilnya saya kini telah berjaya menjual 37 unit Lift Foil,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >