Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Usahawan ubah suai bot usang jadi pejabat niaga

Jun 30, 2023 | 05:30 AM



Semasa berulang-alik ke sebuah marina setempat untuk urusan perniagaan, pemilik firma hiasan dalaman, Encik Wan Ismail mendapati semakin ramai pemilik bot menetap di dalam bot mereka.

Mereka seakan mempunyai kediaman yang terapung dan rumah mereka boleh ‘belayar’ ke negara lain. 

“Saya terfikir, ada jenis bot boleh dijadikan kediaman memandangkan marina di sini menawarkan kemudahan yang baik dari segi perlindungan daripada ombak besar, bekalan tenaga dan keperluan lain.

“Justeru saya rasakan ia satu peluang perniagaan yang boleh diteroka,” kata pemilik syarikat, Fatima Design Studio itu ketika ditemui.

Pada 2020 beliau bersama seorang rakan kongsi bergabung sumber untuk membeli sebuah bot jenis Hyundai Elegant.

Bot tiga tingkat itu mempunyai ruang dalaman yang luas dan boleh menempatkan dua kabin tidur, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur dan ruang santai di bahagian luar.

Menggunakan kepakarannya dalam bidang hiasan dalaman, Encik Wan Ismail mengubah suai bot usang berusia lebih 30 tahun itu hingga ia kelihatan serba baru.

Ruang kabin kini kelihatan seperti kamar hotel, lengkap dengan katil dan perabot mewah.

Ruang tamu dan ruang makan juga kelihatan selesa dan dihias menggunakan konsep moden mewah – lengkap dengan set sofa dan televisyen berskrin lebar.

Ruang ‘galley’ atau dapur dalam bot biarpun kecil mempunyai pelbagai kemudahan memasak seperti peti ais, ketuhar dan tempat memasak.

Beliau keberatan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan untuk membeli dan mengubah suai bot tersebut sekadar berkata ia menelan belanja ‘enam angka’.

Encik Wan mempunyai rancangan menjual bot yang diperbaharui itu dan kini telah disenaraikan di pasaran.

Sementara menunggu pembeli, bot itu kini dijadikan ruang pejabatnya dan tempat beliau bertemu dan melayani pelanggan.

Pada hujung minggu bot itu menjadi tempat ‘staycation’ atau cuti inap bagi keluarganya  

Pada hari biasa pula, bot itu digunakan sebagai pejabatnya – sekali gus menjimatkan perbelanjaan bulanan bagi syarikatnya.

Ia juga bahan perbualan bagi pelanggan yang berkunjung ke ‘pejabat terapung’ itu di Marina at Keppel Bay. 

“Sejak memulakan perniagaan lebih sedekad lalu saya kini telah membayar ratusan ribu dolar kepada orang lain dalam bentuk kos sewa pejabat.

“Dengan adanya bot ini, saya boleh menggunakannya sebagai pejabat dan turut  mempunyai aset yang boleh dipegang,” kata beliau. – ADLI YASHIR KUCHIT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >