Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Fahami istilah kewangan yang mengelirukan

Jan 28, 2024 | 05:31 AM



Bidang kewangan mempunyai sebilangan kekata dan istilah tersendiri yang kadangkala mengelirukan ramai pembaca.

Dalam usaha mengetahui istilah kewangan mana yang paling mengelirukan orang ramai, syarikat broker sedunia, City Index, menggunakan alat analitik carian, Ahrefs, untuk mengetahui berapa kerap carian dilakukan bagi makna istilah kewangan tertentu di Singapura dan seluruh dunia.

Berikut adalah lima istilah kewangan paling mengelirukan di Singapura berdasarkan rekod yang terkumpul pada Januari.

1. ‘Ekuiti’ adalah istilah kewangan paling mengelirukan di Singapura


City Index memaklumkan bahawa ‘ekuiti’ adalah istilah kewangan paling mengelirukan dan sukar difahami rakyat Singapura dengan purata 2,700 carian sebulan (198,000 carian sebulan di seluruh dunia bagi makna ‘ekuiti’).

Ramai tidak memahami makna ‘ekuiti’, antara lain kerana konteks penggunaannya yang berbeza-beza.

Contohnya, dalam pasaran saham, ia bermakna nilai pemilikan pemegang saham dalam sesebuah syarikat.

Namun dalam bidang hartanah, ia merujuk kepada nilai hartanah berkenaan, selepas ditolak jumlah gadai janji yang belum dilunaskan.

Takrifan: Ekuiti, yang biasanya bermakna ekuiti pemegang saham (atau ekuiti pemilik bagi syarikat sendirian), adalah jumlah wang yang akan dikembalikan kepada pemegang saham syarikat jika semua asetnya dicairkan dan semua hutang syarikat dibayar sekiranya berlaku pembubaran syarikat.

2. Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) adalah istilah kedua paling mengelirukan di Singapura


Makna kekata Inggeris, ‘Gross Domestic Product’ atau ‘GDP’, dicari sebanyak 1,800 kali sebulan di Singapura.

Ia mengelirukan kerana terdapat banyak tanggapan salah mengenai istilah ini.

Contohnya, tanggapan salah bahawa GDP adalah penunjuk menyeluruh terhadap mutu kehidupan sesebuah negara.

Ini kurang tepat kerana GDP tidak mengambil kira faktor seperti pengagihan pendapatan atau ketidaksamaan dalam masyarakat.

Takrifan: GDP adalah salah satu ukuran pengeluaran ekonomi yang digunakan secara meluas.

Ia bermakna jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di sesebuah negara dan dalam tempoh tertentu – secara bulanan, suku tahunan atau tahunan.

3. ‘Korelasi’ adalah istilah ketiga paling mengelirukan


Makna ‘korelasi’, atau dalam bahasa Inggerisnya ‘correlation’, dicari sebanyak 54,000 kali di seluruh dunia dan 800 kali di Singapura setiap bulan.

Walaupun ia istilah statistik umum, ‘korelasi’ sering digunakan dalam bidang kewangan.

Ia mengukur sejauh mana dua aset bergerak dan saling berkaitan antara satu sama lain.

Korelasi atau hubung kait, adalah konsep penting dalam pengurusan risiko dan memberi pelabur pemahaman lebih baik mengenai hubung kait antara aset berlainan untuk mempelbagai portfolio mereka.

Takrifan: Korelasi, dalam industri kewangan dan pelaburan, adalah statistik yang mengukur sejauh mana dua sekuriti bergerak dan saling berkaitan antara satu sama lain.

4. ‘Pemerolehan’ adalah istilah keempat paling mengelirukan


‘Pemerolehan’, atau dalam bahasa Inggerisnya ‘acquisition’, sukar difahami bagi mereka yang tidak biasa dengan industri kewangan.

Proses pemerolehan juga rumit dan memerlukan perbincangan melibatkan pihak berkepentingan berbeza, dengan pertimbangan undang-undang dan implikasi kewangan.

Takrifan: Pemerolehan berlaku apabila sesebuah syarikat membeli sebahagian besar atau semua saham syarikat lain untuk mengambil alih syarikat itu.

5. ‘Penggabungan’, ‘Overhead’, ‘Pendapatan Kasar’ dan ‘Aset’ adalah istilah kelima paling mengelirukan


‘Penggabungan’ atau ‘amalgamation’ berlaku apabila dua atau lebih syarikat bergabung menjadi satu entiti baru.

Setiap bulan, terdapat sekitar 32,000 carian di seluruh dunia dan 500 carian di Singapura bagi makna perkataan ini.

‘Pendapatan Kasar’ dan ‘Aset’ juga mempunyai banyak carian di Singapura dan seluruh dunia dari segi takrifan dan maknanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >