Antara acara yang bakal diadakan:
Auditorium Masjid Sultan
Jumaat, 16 Ogos 2024 (7:30 malam hingga 10 malam)
Dianjurkan dalam bahasa Melayu, forum ini akan membincangkan tentang perancangan legasi Islam, khususnya cara-cara terbaik menulis wasiat, dan peranan utamanya dalam memudahkan pemberian terancang kepada WMS. Ia direka untuk melibatkan pekerja profesional (PMET), golongan pesara, dan pengunjung masjid yang berbahasa Melayu membuat perancangan lebih awal untuk persaraan mereka, orang tersayang dan mengumpul saham akhirat (dengan meraih faedah sadaqah jaariyah menerusi wakaf).
Forum ini juga akan menangani objektif dan soalan lazim tentang WMS dan menghapuskan sebarang salah tanggapan.
Zon Pemuliharaan Kampong Gelam
Sabtu, 24 Ogos 2024 (9 pagi hingga 12 tengah hari)
Bagi menjadikan pembelajaran tentang wakaf lebih menarik, Muis akan memperkenalkan semula Jejak Warisan Wakaf untuk meningkatkan kesedaran tentang wakaf di kalangan generasi muda serta ibu bapa mereka, dan bagi memberi inspirasi kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam ekosistem wakaf masa depan dengan menyumbang kepada WMS. Para peserta berpeluang meneroka pelbagai hartanah wakaf dan mendapatkan pandangan tentang bagaimana aset dan institusi ini telah menyumbang kepada sejarah dan terus menyumbang kepada fabrik masyarakat dan identiti Islam Singapura. Selain itu, aktiviti ini juga akan menekankan bahawa WMS adalah satu bentuk pemberian yang mampan, dan satu bentuk penciptaan wakaf baru yang boleh diakses oleh semua anggota masyarakat, dan bukan hanya untuk golongan kaya.
Suntec Singapore
Jumaat 30 Ogos 2024 (4 petang hingga 10 malam)
Buat julung-julung kalinya, Muis bekerjasama dengan rakan kongsi utama seperti agensi pemerintah, kumpulan peguam Muslim, pengamal kewangan, dan para Asatizah untuk melancarkan Kampung Legasi WMS. Bermula 4 petang, orang ramai boleh berkunjung ke Kampung Legasi yang bakal menampilkan klinik perundingan serta reruai yang berkongsikan cara-carta individu Muslim boleh belajar dan melaksanakan perancangan legasi dengan memanfaatkan instrumen sedia ada seperti alat penamaan CPF dan insurans. Terdapat juga Asatizah yang akan memberikan penjelasan tentang penggunaan alat-alat tersebut yang diperbolehkan syariah. Selain merancang untuk orang tersayang, pengalaman di situ juga akan mengajarkan individu tentang pertimbangan yang dapat dibuat menggunakan alat perancangan legasi untuk melakukan sadaqah jaariyah, termasuk menyumbang kepada WMS.
Mulai 7:30 malam pula, sebuah forum bertajuk “A Wasiat for Me”, yang diadakan dalam bahasa Inggeris, akan merungkaikan peranan agama serta tanggungjawab seorang Muslim untuk merancangkan harta pusaka mereka demi kemaslahatan keluarga dan masyarakat. Acara akan dibuka oleh Mufti Singapura, Dr Nazirudin Nasir, dan forum akan mengemukakan para pakar termasuk, peguam, asatizah dan perancang harta.
Untuk maklumat lanjut, lungsuri www.wakaf.sg.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg