Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Gaji penting tapi…kebaikan jadikannya lebih baik

Aug 22, 2021 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah menunjukkan betapa perlunya para pekerja bergaji rendah dalam kehidupan kita.



Mereka menawarkan khidmat penting dan membawa kelegaan kepada warga Singapura. Adakah lagi yang boleh kita lakukan selain mempertingkatkan kemahiran mereka agar mereka boleh meraih gaji yang lebih tinggi?



Adakah cara-cara lain untuk memperbaiki kehidupan mereka? Bagaimanakah masyarakat dapat bersatu untuk meninggalkan kesan?



Pergerakan Singapura Bersama, yang memasuki tahun ketiga, menggalak semua warga Singapura untuk bekerjasama dengan pemerintah dan satu sama lain, untuk membentuk dan mengambil tindakan bagi masa depan yang kita kongsi bersama. Dan membantu para pekerja bergaji rendah ada dalam agenda ini.



Sejak Perikatan untuk Bertindak (AfA) Singapura Bersama untuk Pekerja Bergaji Rendah (LWW), atau AfA untuk LWW, ditubuhkan pada Mac, para anggotanya telah bekerjasama dengan masyarakat untuk menghasilkan inisiatif-inisiatif untuk mempertingkatkan para pekerja bergaji rendah kita.



 



Apakah definisi pekerja bergaji rendah dan mereka bekerja dalam sektor mana?



Pekerja bergaji rendah merupakan mereka yang dibayar gaji bulanan kasar (tidak termasuk sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) majikan) pada atau di bawah 20 peratus penduduk yang digajikan sepenuh masa.



Kebanyakan pekerja bergaji rendah berada dalam sektor berdasarkan domestik, seperti pembersihan dan keselamatan.



 



Apakah yang telah dilakukan AfA untuk LWW sejauh ini untuk membantu pekerja bergaji rendah



Seramai 50 anggota AfA untuk LWW telah meluangkan masa beberapa bulan untuk mendekati pekerja bergaji rendah dan menghasilkan idea untuk mempertingkatkan mereka. Idea-idea ini termasuk:



- Sebuah kempen digital untuk menggalak pengguna menunjukkan perpaduan dengan para pekerja bergaji rendah dengan membayar lebih bagi barangan dan perkhidmatan.

- Sebuah laman mikro dengan sumber untuk syarikat-syarikat menjadi lebih beretika.

- Sebuah program untuk belia mencipta sama ruang rehat bagi para pekerja bergaji rendah di kawasan sekolah mereka.

- Satu buku panduan untuk pelaksanaan ruang rehat bagi pekerja bergaji rendah di pusat membeli-belah. 

- Sebuah program untuk sukarelawan belajar tentang kehidupan dan keperluan pekerja bergaji rendah sambil menjamu selera bersama dan menawarkan mereka dengan sokongan kemahiran dan pekerjaan.

- Sebuah kempen masyarakat untuk menggalak warga Singapura mengenali pekerja dalam perkhidmatan penting dan mengucapkan terima kasih atas usaha mereka.

- Sebuah inisiatif untuk menanam sifat empati terhadap para pekerja bergaji rendah dalam kalangan pelajar lebih muda menerusi video-video pengalaman kerja mereka.



Bersama dengan rakan kerja daripada sektor awam dan privet, Kementerian Tenaga Manusia akan bekerjasama dengan para anggota AfA untuk menghasilkan terus projek-projek ini dan meneroka bidang-bidang peluang baru. 



 



Apa yang boleh dilakukan majikan untuk memastikan kebajikan pekerja bergaji rendah yang mereka gajikan?



Para majikan boleh memohon Geran Workcare – untuk menerima sokongan dana hingga $8,000 – untuk membangunkan atau memperbaiki ruang rehat bagi para pekerja perkhidmatan penting dari sumber luar, seperti pegawai keselamatan, pekerja pembersihan, dan pekerja landskap, di mana kebanyakan mereka adalah pekerja bergaji rendah.



Para pekerja ini biasanya bekerja di kawasan pembeli perkhidmatan mereka, dan mungkin kurang akses kepada ruang rehat yang sempurna dan sesuai.



Model Gaji Progresif juga memastikan para majikan membayar gaji para pekerja bergaji rendah secara progresif dan mendukung keperluan latihan, melakar laluan kerjaya agar gaji mereka meningkat sejajar dengan peningkatan kepada daya penghasilan.



 



Bagaimana inisiatif AfA ini dapat melengkapi usaha pemerintah dalam mempertingkatkan pekerja bergaji rendah?



Mempertingkatkan para pekerja bergaji rendah memerlukan usaha seluruh masyarakat, dengan sokongan daripada pemerintah, majikan, kesatuan sekerja dan warga Singapura.



AfA untuk LWW menunjukkan kita apa yang boleh dicapai apabila warga Singapura bersatu untuk membina sebuah masyarakat yang baik budi dan inklusif.





> Dibawakan untuk anda oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY)






Ingin memainkan peranan untuk mempertingkatkan pekerja bergaji rendah? Imbas kod QR ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang AfA untuk LWW. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Singapura Bersama, lungsuri www.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >