Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Hujan lebat terus landa Jepun, satu maut, gantung perkhidmatan tren

Jun 03, 2023 | 04:08 PM



TOKYO: Hujan lebat disebabkan ribut tropika Mawar dan hujan bermusim yang berterusan pada pagi Sabtu di kawasan yang luas di Jepun, mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kerosakan dan menyebabkan ramai terkandas ketika perkhidmatan kereta api digantung.


Sejauh ini, ribut itu dilaporkan telah mengorbankan seorang mangsa dan menyebabkan dua orang hilang, kata pihak berkuasa pada hari Sabtu, dengan kira-kira 7,000 lagi penduduk diarahkan berpindah ke tempat selamat dalam keadaan mereka tanpa bekalan elektrik.

Walaupun Mawar semakin lemah daripada status taufan super, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menggesa orang ramai supaya berjaga-jaga mengenai kemungkinan berlakunya tanah runtuh, kenaikan paras sungai dan banjir di timur Jepun, sambil memberi amaran mengenai tanah runtuh di barat Jepun.

Kereta api laju Shinkansen, yang digantung dari Tokyo ke Nagoya di tengah Jepun sejak semalam, beroperasi semula sekitar tengah hari (0300 GMT) hari ini, lapor agensi berita Kyodo.


JMA mengeluarkan amaran banjir untuk rantaian pulau Okinawa dan sebahagian pulau Shikoku dan Honshu, dengan ramalan 350mm hujan di bahagian barat Honshu dalam tempoh 24 jam sehingga pagi Ahad.

Walaupun beberapa penerbangan ke kawasan Okinawa dibatalkan, tiada laporan lain mengenai gangguan besar atau perintah pemindahan setakat pagi ini, lapor agensi berita Reuters.

Pada Jumaat, jurucakap tertinggi kerajaan Hirokazu Matsuno memberi amaran tentang “hujan yang sangat lebat dengan ribut petir” di kawasan yang luas dalam tempoh tiga hari akan datang.

Beliau berkata seorang cedera parah dan tujuh cedera ringan.

Para saintis berkata perubahan iklim meningkatkan risiko hujan lebat di Jepun dan tempat lain, kerana suasana yang lebih panas menahan lebih banyak air.

Hujan lebat pada 2021 mencetuskan tanah runtuh yang dahsyat di bandar peranginan tengah Atami yang mengorbankan 27 orang

Pada 2018, banjir dan tanah runtuh mengorbankan lebih 200 orang di barat Jepun semasa musim hujan tahunan negara itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >