Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu bapa main peranan penting pantau tanda penyalahgunaan dadah dalam anak

Aug 2, 2024 | 11:11 AM
Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Taufiq Abdul Azim, dan pekerja sosial Khidmat Belia Alkin, Cik Farah Dina Nordin, bincang bagaimana untuk mengesan tanda penyalahgunaan dadah dalam anak dan cara berkomunikasi dengan anak secara lebih berkesan.
Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Taufiq Abdul Azim, dan pekerja sosial Khidmat Belia Alkin, Cik Farah Dina Nordin, bincang bagaimana untuk mengesan tanda penyalahgunaan dadah dalam anak dan cara berkomunikasi dengan anak secara lebih berkesan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Bagaimana ibu bapa boleh mengesan tanda penyalahgunaan dadah dalam anak mereka?

Sekiranya didapati ambil dadah, adakah kehidupan mereka kelam selamanya?

Watch on YouTube

Ini dibincangkan dalam episod kedua siri podcast NoTapis dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB).

Antara tetamu yang menyertai episod itu termasuk Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Taufiq Abdul Azim. 

Beliau berkongsi tentang antara tanda yang dipamerkan individu yang mengambil dadah dan menjelaskan siasatan lanjut yang dijalankan bagi mereka yang disyaki terbabit dalam kancah dadah.

Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Taufiq Abdul Azim, dan pekerja sosial Khidmat Belia Alkin, Cik Farah Dina Nordin, bincang bagaimana untuk mengesan tanda penyalahgunaan dadah dalam anak dan cara berkomunikasi dengan anak secara lebih berkesan.
Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Taufiq Abdul Azim, dan pekerja sosial Khidmat Belia Alkin, Cik Farah Dina Nordin, bincang bagaimana untuk mengesan tanda penyalahgunaan dadah dalam anak dan cara berkomunikasi dengan anak secara lebih berkesan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Turut sertai perbincangan itu ialah pekerja sosial Khidmat Belia Alkin, Cik Farah Dina Nordin.

Dalam episod NoTapis ini, Cik Farah berkongsi beberapa tip komunikasi bagi ibu bapa untuk mendekati anak-anak mereka dan cara untuk memantau kegiatan media sosial anak itu.

Episod podcast ini dihoskan oleh penerbit dan penyampai podcast NoTapis, Cik Natasha Mustafa, bersama koresponden, Encik Anwar Saleh.

Ini merupakan episod kedua daripada siri empat episod, yang diterbitkan dengan kerjasama CNB.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg